APA ITU UDARA??
Udara adalah merujuk kepada campuran gas yang terdapat pada permukaan bumi. kandungan udara yang kering adalah terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% adalah wap air, karbon dioksida dan gas-gas lain.
Udara merupakan salah satu komponen yang penting dalam kehidupan. Semua benda hidup memerlukan udara yang bersih seperti haiwan, tumbuhan, manusia dan lain-lain. Tahap kualiti udara yang bersih adalah sangat penting bagi kita meneruskan hidup dengan tanpa ada gangguan.
APA ITU KELEMBAPAN UDARA?
Kelembapan udara adalah merujuk kepada tahap kandungan wap air yang terdapat dalam udara.
Berikut adalah antara contoh peralatan yang digunakan untuk mengukur kelembapan udara:
Nama Alat : "Digital Thermohygrometer"
Fungsi: Untuk mengukur kelembapan relatif dan suhu. ia amat dipercayai, dan cepat memberikan bacaan yang tepat suhu dan kelembapan, yang dipaparkan serentak pada paparan dua. selain itu, ia mudah menukarkan antara Celsius dan Fahrenheit. Sesuai untuk tempat-pemeriksaan, makmal dan penyelidikan makmal, aplikasi industri dan pemeriksaan, aplikasi kesihatan dan keselamatan, dan banyak lagi.
Nama Alat: Whirling Psychrometer
Fungsi: untuk mengukur kelembapan relatif dan suhu . Alat ini mempunyai termometer kering dan basah. Kelembapan suhu boleh dikira melalui perbezaan antara bacaan termometer basah dan termometer kering.
Nama Alat: Psychrometer (ASSMAN)
Fungsi: Mengukur kelembapan relatif dan suhu
Nama Alat: Thermohygrogrph
fungsi: Untuk mengukur kelembapan relatif dan suhu. Pada masa yang sama merekod suhu ambien dan keadaan kelembapan relatif.
No comments :
Post a Comment